Salah satu perkara yang amat dinantikan oleh para pengguna adalah harga pakej bagi pelancaran
Yes 4G yang bakal diumumkan pada hari Jumaat ini. Walaubagaimanapun, menariknya, kini melalui suatu tweet, ianya memperlihatkan yang mana
Yes seperti diperkatakan akan mengenakan caj berdasarkan penggunaan, bermula daripada
9 sen untuk
3mb penggunaan data, ataupun panggilan seminit atau untuk satu SMS.
Jikalau dilihat dengan kiraan kasar, satu GB penggunaan data pada Yes kelak akan berharga RM30. Walaupun ianya boleh dianggap murah untuk pengguna yang menggunakannya pada perantian mudah-alih mereka, namun begitu, harganya masih lagi dianggap
mahal sekiranya ianya ingin digunakan oleh para pengguna di rumah mahupun pejabat mereka.
Buat masa ini, pesaing terdekat
Yes,
P1 WiMAX menawarkan pakej dengan bayaran bulanan dimana pada harga serendah
RM49, para pengguna boleh menikmati penggunaan data sehingga
5GB. Walaubagaimanapun, ianya masih lagi tidak disahkan secara rasminya oleh pihak
Yes buat masa ini, dan ianya mungkin akan berubah memandangkan adanya masih sehari lebih lagi sebelum pelancaran tersebut dilakukan.
www.fuiyo.net