Dakwah Melalui Kasih Sayang















Dakwah yang tidak mendahulukan KASIH SAYANG..

Hari ini ramai orang bercakap tentang seruan islam,sedangkan jiwa mereka kering dari pancaran kasih sayang, malah dipenuhi kekerasan dan permusuhan. Al – quran dan Hadith di gunakan untuk tujuan permusuhan dan menyenangkan nafsunya. Kasih sayang dihancurkan. Manusia yang di seru tidak melihat sinar kasih sayang terpancar di wajah mereka.

Kebanyakkan para pendakwah mendahulukan berita ancaman dari memberi kasih sayang. Mereka utamakan perkhabaran tentang azab dari sifat kecintaan dan pengampun Allah. Mereka sebenarnya pembunuh harapan di dada – dada manusia yang mencari setitis harapan.

Dakwah penuh kekakuan, bersidang dalam dewan – dewan mewah, membentangkan kertas – kertas kerja yang memperlihatkan idealism yang hebat, tetapi perkara yang amat diperlukan oleh manusia sekeliling tidak di titikberatkan iaitu, kasih sayang.

Masyarakat memerlukan orang yang bertanya khabar kepada mereka, yang membantu kesusahan mereka, yang member kata-kata harapan, yang menghulurkan tangan kasih sayang demi membawa mereka kebenaran.

Islam adalah gambaran kasih sayang Allah di alam ini. Mereka yang membawanya mestilah mengamalkan sifat keTuhanan dan sifat keNabian iaitu KASIH SAYANG. Dalam sebuah rumah tangga, isteri merasai ketenangan, anak-anak merasai kedamaian. Mulakan kasih sayang pada dirimu dan dalam rumahtanggamu sebelum kamu lontarkan kepada dunia luar. Jika kamu majikan, sinarkan pada pekerjamu. Jika kamu pemimpim masyrakat, pancarkan pada mereka. Jika kamu seorang Ulama’, lunakkan bahasamu, hubungkan jiwamu dengan manusia yang mengharap pimpinanmu dengan kasih sayang. Jauhkan bertelagah dalam masalah khilafiah, supaya umat ini tidak terdidik dengan kebencian. Halakan tujuan dakwahmu kepada dunia yang rosak didepan dengan ikhlas dan kesedaran ubudiyyah kepada Allah.

Dakwah mesti berasas kasih sayang. Kemungkaran mestilah dicegah dengan hikmah. Jangan biarkan manusia mengekalkan kemungkaran,nescaya dunia akan dimurkai Allah dan manusia yang tidak berdosa akan menerima azab. Lihatlah Negara yang tidak mencegah kemungkaran, merekan dilemparkan kesengsaraan. Demi kasih sayang pada Negara dan umat manusia, bangunkanlah amal ma’aruf nahi mungkar, agar segala bala terangkat dari kita.

sumber : www.syok.org

Leave a Response

.: Komen Anda Amat Dihargai :.

Link Exchange

Mister Linky's Magical Widgets -- Auto-Linky widget will appear right here!
This preview will disappear when the widget is displayed on your site.
For best results, use HTML mode to edit this section of the post.