Susah atau Senang?














Susah atau Senang?

Hidup bagai memilih pelbagai cabangan jalan ke arah pelbagai destinasi yang setiap satu jalan itu kadang-kadang menyimpang ke arah sesuatu yang bukan destinasi asal. Perjalanan dalam meniti setiap satunya memerlukan kehidupan, dan kehidupan itu adalah insan. Kita lah kehidupan yang perlu memilih cabang jalan yang terbaik.

Namun, sering kali kita terkandas di tengah jalan memilih untuk berhenti, memilih untuk menyimpang ke arah yang lebih menyenangkan. Senang? Apakah makna sebenarnya senang? Kegembiraan? Kemewahan? Kebahagiaan? Namun benarkah senang mampu membawa semua itu di miliki orang yang memiliki kesenangan? Pelbagai liku dan rentetan hidup yang dilalui selalunya menjadinya insan itu dewasa dari aspek pemikiran, pandangan, pertuturan, perbualan, personaliti dan banyak lagi. Soalannya, apakah kesenangan yang mematangkan kita?

Apakah kesenangan yang bertutur jujur kepada kita? Apakah kesenangan yang mengajar kita tentang hidup dengan benar? Tidak.. sama sekali tidak. Susah... ah!! Benci mendengarnya, menyumpah seranah bila dilawatinya, terasa hidup ini tidak adil bila berjumpanya dan bermacam lagi. Susah... dibenci dan dimaki.
Walaupun ia sebenarnya yang berkata jujur kepada kita, walaupun ia yang membisikkan kebenaran kepada kita. Ya.. memang pahit, sedih, duka, sayu dan bermacam lagi kerana kebenaran itu selalunya menyakitkan.. Kebenaran dalam setiap kali kita dilawati kesusahan, cerita sebenar hidup ini dalam bisikan-bisikan darinya dan dia lah guru yang membina diri kita. Dia tetap jujur walau dicerca. Pada kita dialah musuh.
Senang... hmm.. gembira mendengarnya, bersuka ria bila di datanginya, terasa dunia aku yang punya, dia lah sahabat, dialah segalanya meskipun kadang kedatangannya penuh dengan tarikan pelbagai kedustaan.

Kata-katanya hanyalah kata-kata yang menggembirakan kita, mendamaikan kita dan kepercayaan kita berlabuh padanya. Pada kita... dan dialah guru. Ya guru, guru kehancuran. Senang melewati hari kita dan senyuman terukir di bibir. Dia adalah sahabat bagi kita, dia adalah yang kita kehendaki sepanjang masa. Insan-insan di sekitar kita semakin ramai dan dialah magnet kawan-kawan palsu kita.
Nilai diri kita dan pandangan insan-insan sekitar hanya pada kesenangan yang kita miliki. Kita gembira.. walau dalam kepuraan, walau dalam penipuan dan kedangkalan pemikiran. Kita tidak perlu menghebohkan kesenangan, ramai yang datang berdampingan tanpa perlu diberitahu. Semuanya sedia untuk menemani kita kita boleh pilih yang mana kita suka. Semuanya free (lapang).. and free (lapang).. Yup.. semuanya free (lapang) but fake.. Susah baru mengintai, kita merasa resah. Dialah musuh bagi kita, dia adalah yang kita hendak jauhi sepanjang masa. Insan-insan di sekitar kita semakin kurang dan dialah filter kawan sebenar kita.

Nilai diri kita dan pandangan menjadi kayu ukur mereka. Kita bersedih.. walau dalam kebenaran, walau dalam kebenaran dan keadaan yang mendewasakan pemikiran. Kita perlu menghebohkan kesusahan, dan mungkin ada satu dua yang menghampiri kita. Yang sedia untuk menemani kita, itulah sebenarnya sahabat. Susah telah meng “filter” sahabat-sahabat kepada sahabat sebenar.
Sahabat yang menemani susah dan senang. Sahabat yang bersahabat dengan diri kita bukan atas sesuatu kepentingan. Nilai hidup itu terletak pada sikap dan perbuatan insan itu. Nilai pemikiran pula terletak pada cara insan memandang apa yang mendatanginya dari pelbagai aspek dan sudut pandangan.

Akal diberikan kepada kita bukan untuk mencintai kesenangan dan terus lalai dan menjadi bebal kerana kesenangan, akal diberikan untuk kita memikirkan hikmah-hikmah dan nilai-nilai serta pengajaran tentang kebenaran hidup oleh satu Guru yang dari dulu giat mendewasakan dan membentuk diri kita.
Guru yang hanya menggunakan kebenaran dan kejujuran dalam mengajar kita erti sebenar hidup yang kita lalaikan. Bukanlah aku berniat menyuruh membenci kesenangan tetapi hadapi kesenangan itu dalam kesederhanaan dan jangan pula terlalu bersedih bila dilawati susah. Sekurang-kurangnya senyumlah, hadapilah ia dan hargailah keberadaanya dalam kehidupan dan lalui waktu bersamanya dengan kesabaran dan penelitian kerana, hidup sedang mengajar kita dan mematangkan kita ketika melalui...ke.. Susah... an.


 sumber : www.syok.org
Posted by yadeng

Leave a Response

.: Komen Anda Amat Dihargai :.

Link Exchange

Mister Linky's Magical Widgets -- Auto-Linky widget will appear right here!
This preview will disappear when the widget is displayed on your site.
For best results, use HTML mode to edit this section of the post.