Sotong Paul ramal bakal Presiden Rusia

KEPUTUSAN hasil tilikan Paul (gambar tengah) sama ada Putin (kiri) atau Medvedev (kanan) dipilih menjadi ketua negara Rusia terpaksa dirahsiakan pihak berkuasa sehingga tamat Pilihan Raya Presiden pada 2012.

MOSCOW - Sebuah akhbar ternama Rusia, Komsomolskaya Pravdasemalam mendedahkan, sotong psikik sensasi Piala Dunia 2010, Paul telah pun ditugaskan untuk membuat ramalan siapakah bakal presiden baru negara itu baru-baru ini.

Namun, keputusan daripada hasil tilikan sotong itu yang dijalankan oleh pihak berkuasa Rusia secara rahsia di akuarium Sea Life di Oberhausen, Jerman diarah untuk tidak didedahkan kepada umum sehingga selesai Pilihan Raya Presiden pada 2012.
Akhbar itu melaporkan, Paul seperti dilakukan ketika memilih pemenang antara dua pasukan bertanding, turut diminta memilih antara dua bekas tertera nama calon iaitu Perdana Menteri, Vladimir Putin and Presiden Dmitry Medvedev.
Rakyat Rusia sehingga kini masih keliru dengan keadaan politik negara itu apabila Putin dan Medvedev dilihat sama-sama berkuasa sebelum dua pemimpin itu mengarahkan pilihan raya dibuat bagi menyelesaikan kemelut itu. - Agensi

Leave a Response

.: Komen Anda Amat Dihargai :.

Link Exchange

Mister Linky's Magical Widgets -- Auto-Linky widget will appear right here!
This preview will disappear when the widget is displayed on your site.
For best results, use HTML mode to edit this section of the post.