Disebalik Peristiwa Israk dak Mikraj



Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj

Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

ii. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.

Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) 

Adakalanya Sains Barat Menyesatkan Iman Umat Islam





"Fakta Saintis Barat"

1. Jarak diantara Nabi Adam dan kita cuma diantara 10000-20000 tahun dan fossil manusia perempuan tertua dijumpai berusia 4.4 juta di Ethiopia.


2. Manusia dahulu hidup bercawat, tidak tahu memasak, bertani dan tinggal didalam gua (tidak bertamaddun).



3. Manusia dahulu tidak mempunyai bahasa dan berpakaian tidak sempurna.

4. Manusia berevolusi melalui pelbagai zamanà ais/batu

Fakta Al-Quran-1


Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar". Malaikat itu menjawab: "Maha Suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".

Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka". Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?". Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir. (Al-Baqarah- Ayat 30-34)


BERDASAR AYAT DIATAS BODOHKAH MANUSIA PERTAMA YG BERNAMA ADAM ITU. KEPANDAIAN BELIAU TENTANG BUMI MELEBIHI MALAIKAT DIATAS KUNIAAN ILMU ALLAH. 


Fakta Al-Quran-Kisah Habil dan Qabil
Siti Hawa melahirkan kembar dua pasang. Pertama lahirlah pasangan Qabil dan adik perempuannya yang diberi nama "Iqlima", kemudian menyusul pasangan kembar kedua Habil dan adik perempuannya yang diberi nama "Lubuda". Kerana Qabil tetap berkeras kepala tidak mahu menerima keputusan ayahnya dan meminta supaya dikahwinkan dengan adik kembarnya sendiri Iqlima maka Nabi Adam seraya menghindari penggunaan kekerasan atau paksaan yang dapat menimbulkan perpecahan di antara saudara serta mengganggu suasana damai yang meliputi keluarga beliau secara bijaksana mengusulkan agar menyerahkan masalah perjodohan itu kepada Tuhan untuk menentukannya. Caranya ialah bahawa masing- masing dari Qabil dan Habil harus menyerahkan korban kepada Tuhan dengan catatan bahawa barang siapa di antara kedua saudara itu diterima korbannya ialah yang berhad menentukan pilihan jodohnya.

Qabil dan Habil menerima baik jalan penyelesaian yang ditawarkan oleh ayahnya. Habil keluar dan kembali membawa peliharaannya sedangkan Qabil datang dengan sekarung gandum yang dipilih dari hasil cucuk tanamnya yang rosak dan busuk kemudian diletakkan kedua korban itu kambing Habil dan gandum Qabil di atas sebuah bukit lalu pergilah keduanya menyaksikan dari jauh apa yang akan terjadi atas dua jenis korban itu.


BERDASAR KISAH DIATAS MASIH BODOHKAH MANUSIA GENERASI KEDUA SEHINGGA MEREKA MAMPU MENTERNAK HAIWAN DAN TERLIBAT DIDALAM BIDANG PERTANIAN GANDUM? BUKANKAH ITU HASIL DIDIKKAN ILMU DARI MANUSIA PERTAMA YAKNI NABI ADAM A.S YG JUGA MENDAPAT ILMU DARI ALLAH S.W.T JUGA. 


Fakta Hadith Hadis al-Bukhari yang berbunyi : Abu Dzar telah meriwayatkan: saya telah bertanya kepada Rasulullah SAW: "Apakah
masjid yang pertama dibina di atas muka bumi ini?, Rasulullah SAW menjawab:
"Masjid al-Haram", saya bertanya lagi: "kemudiannya...", balas Rasulullah SAW:
"Masjid al-Aqsa". Saya bertanya lagi: "Berapakah jarak di antara keduanya (tempoh
dibina kedua-duanya), balas Rasulullah SAW: "empat puluh tahun, di mana sahaja
kamu dapat bersolat pada keduanya, maka bersolatlah (di sana), di sana ada kelebihan
(untuk mereka yang bersolat di kedua-dua masjid tersebut)".Nabi Adam a.s adalah manusia pertama membina Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa didalam selang waktu 40tahun.


MASIH BODOHKAH MANUSIA PERTAMA ITU WALAUPUN DIDLM ILMU PEMBINAAN.


Fakta Sejarah Islam Nabi Idris dianugerahi kepandaian dalam berbagai disiplin ilmu, kemahiran, serta kemampuan untuk mencipta alat-alat yang dapat mempermudahkan pekerjaan manusia, seperti pengenalan tulisan, matematik, ilmu astronomi. 


SEDARKAH PEN, TULISAN, HURUF, ANGKA, DAN ILMU CAKRAWALA ITU ADALAH HASIL TAMADDUN MANUSIA DAHULU LAGI YG KAMU KATAKAN BERCAWAT ITU. MASIH BODOHKAH MANUSIA TERDAHULU ITU?


Sekarang terserah kepada anda sendiri. Fakta mana mahu dijadikan pegangan aqidah/iman. Jika kamu jadikan Saintis Barat kiblat kamu kerana kemampuan mereka menonjolkan teknologi untuk meyakinkan kamu terserahlah. Tapi bagiku, mukjizat AlQuran itu lebih hebat drpd segalanya. Hati hati dengan program National Geography yang terkadang menyesatkan.

pikir pikir kan...



www.syok.org

Hadiah Istimewa Dengan Hearbeat !!!

Heartbeat merupakan website tempatan yang membolehkan orang ramai menempah @ order secara online. Contohnya baju, mug dan banyak lagi.

Ape yang bestnya pasal HEARTBEAT nih, kite boleh design sendiri barang yang kite nak order khususnya kalau kita nak hadiahkan sesuatu pada seseorang sama ada kawan ataupun sesiapa sahaja.




SATU lagi yang bestnya dengan heartbeat pun boleh buat duit. Tengok bawah untuk tutorial...


1. Mula mula klik sini dulu untuk ke website diorang.

2. Then klik Icon Hearbeat seperti yang dibulatkan tu.

3. Klik CREATE ACCOUNT dan isi kesemua maklumat berkenaan.

4. Masukkan Password Email Address then klik I agree HeartBeat's Terms of service then klik continue.

5. Then dah create account klik Join HB!Affiliate seperti kotak merah dibawah.

6. Klik Online Application (seperti yang ditunjukkan dibawah) then isi kesemua maklumat yang diperlukan.

7. Pilih cara pembayaran yang hendak dibuat kepada anda. tick i agree and then klik continue.

8. Klik GET A CODE (seperti lampiran dibawah)

9. Copy Code yang anda kehendaki (bertanda merah bulat), ikut korang lah nak letak dia kat mana. kat sidebar ke. kat top sidebar ke. copy code yang sesuai ya.

10. Kalau nak check berapa earning korang. boleh Klik My HB!Affiliate

11. So lepas dah copy tu, macam biasa lah. Design > Add a Gadget > HTML/JavaScript > paste kan code yang korang dah dapat tadi > save. Then letak lah kat mana korang rasa orang lain senang nak klik. :) 
 
So.... Selamat mencuba.....

Kecantikan lelaki dan wanita Islam

Sekadar perkongsian dan renungan bersama.....


Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.
Lelaki yang cantik,adalah:-
1)Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2)Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3)Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4)Lelaki yang tenang dan lapang dada
5)Lelaki yang baik sangka
6)Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad S.A.W adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
Kegagahan Wanita..??
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,
tetapi pada kekuatan perasaan.





Perempuan yang gagah,adalah:-
1)Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2)Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3)Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
4)Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.
Seluruh kegagahan yang ada pada Sayidah Khadijah R.A adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

www.syok.org

Software Auto Blogging "Autoblog Samurai Software" ?




Entri kali ini kita akan bincangkan serba sedikit tentang software ni..
Kita tengok kelebihan dan kekurangan software ni.

KELEBIHAN
Dengan Auto baru Blog Samurai atau ABS 2.o dari WebMagnates.org, anda boleh mengurus dan mengemas kini  lebih dari 1000 blog HANYA dengan menekan satu butang. Peranti perisian ini menggunakan sumber RSS feed untuk merebut DAN mencari kandungan dari website lain dan posting ke blog anda sendiri.

 Software ini juga boleh mengekstrak kandungan dari direktori artikel berdasarkan kata kunci yang anda berikan. Sama untuk klik iklan Produk Bank(CLICKBANK) serta  Amazon.com dan kemudian dikaitkan dengan ID AFFILIATE anda. 

RSS - Rich Site Summary atau Really Simple Syndication adalah format yang digunakan banyak website berita, rencana  direktori, dan blog untuk menyampaikan isi laman web yang sering dikemaskini ke pembaca dan lain-lain perkhidmatan sindikasi. Lebih daripada 90% daripada laman web yang tersedia saat ini, menerbitkan kandungan mereka melalui RSS feed. 



Software ini boleh membaca suapan dan menggunakan banyak kandungan untuk posting di Blog anda. Bahkan jika Feed separa(partial) atau hanya sebahagian daripada keseluruhan kandungan yang terdapat di website aslinya, Auto Blog Samurai boleh kunjungi website dan ambil isi penuh untuk anda. 
Untuk membuat kandungan di Blog anda yang unik , perisian ini boleh menterjemah kandungan, lebih daripada sekali jika diperlukan, sebelum posting ke blog anda. 

ABS 2.o juga boleh mengepos link ke website yang asli (hanya jika anda ingin) Ciri-ciri penting yang lain termasuk membersihkan isi html, memadam kod Adsense, skrip dan Software ini juga boleh posting gambar secara automatik di blog anda sehingga tidak ada rujukan yang dibuat ke halaman asli dan blog anda muncul dalam enjin carian serta dapat dicari pembaca yang paling penting.
KEKURANGAN
1)Salah satu autoblog aku dah di ban dengan google (sebab buat untuk suka-suka jer...haha)
2)Google tak suka autoblog kerana hanya memenuhkan ruang (senang citer...menyemak jer)
*Tapi kalau nak buat autoblog buat betul-betul dan cari "content" atau niche yang sesuai dan kalau boleh blog tu nampak macam bukan autoblog...
Nak software ni...?? Pandai-pandai laa cari *Hint(Cari ikut website ni www.uvrx.com)


Link Exchange

Mister Linky's Magical Widgets -- Auto-Linky widget will appear right here!
This preview will disappear when the widget is displayed on your site.
For best results, use HTML mode to edit this section of the post.